Orang Bongkak

 Orang bongkak = orang sombong bodoh.

Orang yang hanya boleh kritik orang lain - ini macam tak betul, itu macam tak baik. ini tak patriotik, itu tak setia kepada DYMM, ini lah itu lah ... orang lain cakap atau buat semuanya tak betul.. Dia sahaja yang betul segala gala ...apa macam punya orang -- orang Bongkak le namanya.

Kerajaan sekarang sama Bongkak. Orang lain sebut mana sebenar kelemahan sahaja ... sudah melenting, sudah macam nak mampus...

Macam mana sesebuah negara nak maju ke depan? Hanya pandai kutuk dan pandai menekan orang sendiri sahaja dan bukannya bersatu padu dan menghadapi masalah datang dari luar atau bertanding dengan orang  luar. Apa yang berlaku hanya kutuk mengutuk, tekan menekan orang sendiri sahaja sehingga perasaan patriotik makin lama makin pudar dan mungkin hilang terus.

Siapalah saya... orang biasa dan kerdil... tak terdapat nak cakap atau memperbetulkan apa pun walaupun dalam organisasi kecil di mana saya berkhidmat pun... jadi lupakan sahaja ... usaha jaga diri saya bersama keluarga kecil saya sahaja lor.

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang