Selamat Menyambut Hari Malaysia
Hari MALAYSIA., MALAYSIA DAY- apa dia?
Hari Malaysia iaitu hari pembentukan negara Malaysia berlaku pada 16/9/1963 - ianya akan diraikan pada setiap tahun demi mengenang apa itu Hari Malaysia... betul?
Hari Malaysia untuk orang atau rakyat Malaysia iaitu negara yang merdeka serta berotonomi sendiri dengan Perlembagaan Malaysia dijadikan sebagai asas pentadbiran dan pengurusan Negara Malaysia kita ini .. betul?
Tahun ini 2020 dengan cabaran COVID 19 ini maka cara menyambutnya turut mengikut normal Baharu serta tidak sempat berkumpul beramai - ramai namun ingatan negara Malaysia adalah tetap disanubari setiap orang atau rakyat Malaysia... betul?
Sekiranya negara seperti Malaysia yang memang unik di mana terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa serta agama masing- masing yang telah hidup bersama dalam tanah air bersama serta berIC kerakyatan Malaysia sama selama 63 tahun masih... nak...nak juga cuba mengukir dan mencalarkan hati naluri sesuatu kaum dan bangsa adalah sesuatu perbuatan yang agak hina dan tak berjiwa MALAYSIA khususnya para pemain politik kerdil masa dahulu hingga sekarang masih masih berlambak ok... Apa dia?
Saya di sini berdoa betul negara MALAYSIA kita ini kekal makmur, aman dan sentosa dan tidak akan dilanda apa- apa mala petaka alam semulajadi selama- lamanya demi anak- anak dan cucu- cucu kita bersama. Doa dan harapan seorang rakyat kerdil seperti saya. Yeah...
Comments