Hormat menghormati

 Hormat menghormati antara satu sama lain suatu nilai yang terpuji tapi payah diperolehi....namun saya dapat suasana atau nilai ini pada 2/9/2020 yeah .../Fren. Olahan seperti tertera berikut:

Pengalaman terbaharu saya di mana saya sebenarnya tergolong dalam orang kumpulan Lama telah berjaya menganjurkan suatu bengkel bersama ramai kawan sekerja yang golongan Muda dengan jayanya pada 2/9/2020, hari Rabu pagi hingga tengahari di mana proses bengkel berjalan lancar serta tanpa pemasalahan "manusia" dan cuma sedikit masalah "internet" sahaja. Ini hasil nilai Hormat menghormati semasa diri dengan orang lain.

Biar saya olah sedikit senario Bengkel... 1. Masa mula Bengkel ditepati untuk memulakannya dengan penceramah jemputan turut menepati masa  namun masih ada masa  diberi untuk minum pagi. Makan dan minum disediakan dengan elok dan cukup walaupun cuma lontong shaja dengan kopi O serta kuih pun terasa amat sedap dan selera sangat ok.

2. Persediaan awal untuk bengkel ini telah dipastikan kelengkapan laptop dan kerusi meja untuk hari sekian itu sehari sebelumnya - saya dan orang muda sekali ye.

3. Bahan petikan kehendak bengkel telahpun dibekal oleh saya (orang lama)  namun telah diupload ke Drive oleh orang muda- siap siaga. Terima kasih.

4. Kurang protokol diadakan sepanjang atau  semasa bengkel ini amat menyenangkan serta lega namun kerja atau penyampaian baik tetap berlaku. Suasana bengkel tidak tegang - santai namun ...ok

5. Penggambaran "sekeluarga" pada penghujung bengkel diadakan  bersama semua JK dan peserta atau editors dan laporan aktiviti Bengkel turut dibuat atau disiapkan hari tersebut jua lah JK - orang muda.

6. Semua peserta dapat belajar sesuatu baharu dengan santai tetapi sempurna dengan peratusan 90 kerana disebabkan sedikit masalah internet line atau masalah sistem yang hendak dipelajari itu.

7. Pendedahan kerja - kerja jurnal didedahkan kepada lebih ramai orang serta akan menuju ke arah lebih stabil dan elok maka berpeluang untuk melonjakkannya ke tahap yang lebih jauh atau tinggi yeah.

Kesimpulannya, jika orang lama dan orang muda dapat mencapai nilai saling hormat menghormati dan bekerjasama ikhlas maka macam- macam boleh menjadi sahaja serta tanpa kira siapa "Boss" dan siapa "orang bawah" ok. Namun saya berdoa keintiman bekerja sebegini boleh berterusan atau consistent ok. Yeah... demi martabatkan organisasi ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang