Kepuasan mengikut kemampuan

Fren,

Apa kata fren, kepuasan diri itu harus mengikut kemampuan diri dan bukan mengikut pandangan atau kehendak orang lain tehadap si polan (aspectation from others) betul? Sebabnya kepuasan ini adalah nafsu serta kehendak diri yang telah dipenuhi atau telah dimiliki kan?
Namun setelah suatu kehendak si polan telah diperolehi maka tertimbul suatu keinginan yang lain pulak di mana kebiasaannya kehendak yang baharu itu lebih tinggi daripada kemampuan atau kehendak si polan itu yang kejar? Jadi sampai bila-bila pun tak akan diperolehi akan kepuasan diri maka susahlah, sebegitulah akan berlaku kepada orang yang tak erti kemampuan diri terlebih dahulu dan melulu mengejar impian dan mungkin cuma mengejar bayang bayang diri saja tanpa kenyataan dan hidup seterusnya hidup dalam kesengsaraan.
Pada pandangan saya, biarlah hidup secara sederhana dan mengikut kemampuan diri serta banyak bersabar demi menetapkan impian yang sederhana dan di mana ianya mampu dikejar dengan usaha bersungguh- sungguh ok. Bagi mereka yang agak berjaya cuba janganlah menyekat potensi si polan untuk berjaya sebab si polan tak akan dapat mengancam kedudukan si berjaya itu kerana dunia ini amat luas sempadan dan tak mungkin si berjaya ini boleh dan mampu memiliki segala- galanya demi kebaikan diri si berjaya tu saja kan?

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang