1-6-09
Sesudah satu bulan tanpa luangkan masa untuk menulis blog sejak 1-5-09 maka kali ini merupakan cerita yang agak pelik sebab kancil yang kecil dan buruk saya pun pagi-pagi pada pukul 5.55 apabila saya bangkit dari tidur untuk menyiram pokok dan bunga taman kecil rumah kecil saya itu, kancil kecil saya turut "lesap" macam itu saja.
Pada ketika itu, makcik jiran depan rumah saya yang biasa saya tegur "good morning" itu datang menuju arah saya dan memberitahu saya bahawa lebih kurang pukul 3.00 pagi 1-6-09 ini dia nampak 3 orang india menaiki motorsikal datang dekat kereta kancil saya dan membuat sesuatu dengan pintu kancil saya lepas itu "lesap" lah kancil kecil dan buruk saya namun saya amat amat sayang padanya sebab sekian lama "dia" telah amat amat berjasa kepada saya sebab pengangkutan "mewah" anak-anak saya dan sayalah.
Dengan kadar segera saya talipon polis namun saya dikehendaki lapor pada balai yang terdekat boleh maka saya pinjam kereta kak ipar yang sedang cuti sekolah untuk buat laporan polis di balai Klang di mana kontigenlah tetapi si polis sesudah menaip laporan saya serta "Down line" tak boleh connect balai lain serta nak saya balik ke balai polis Kapar sebab alamat rumah saya.
Apabila saya saya Kapar, polis Kapar pulak kata IO balai cuti jadi kena balik ke balai Klang... apa yang berlaku dan apa kah kerja polis macam ini ke? Apa nak buat pergi balik Klang. Buat masa itu makin "Jam " kat Klang dan payah dapat parking lot namun lepas 3 round balai akhirnya dapat satu namu kali ini sebab bukan kereta saya maka tak ada syiling yang cukup kerana hanya 40 sen kurang 10 sen jadi saya denga kebetulan "pegawai peguakuasa" MPK lalu maka saya tanya tolong kalau boleh nak isue ticket tapi jawabnya" Kalau u tak erti buat selesai nanti saya datang akan saya samun u saja" kasar sungguh orang MPK ini.
Saya kena tukar syilling dengan kedai dekat maka selesai parking dan cari sarjan yang incharge pulak, akhirnya dia taip laporan dan sembang-sembang skit selesailah laporan saya. Menurut sarjan berkenaan saya kena tunggu saja, kalau mereka dapat balik kancil saya akan talipon saya maka bila talipon nak " berdering" Ooi. Inilah 1-6-09 bagi saya.
Comments