Masa lampau
Hati ingin jadi cikgu atau guru sejak 80an kerana saya tak kemampuan keluarga nak menghantar saya belajar serta saya terdedah kepada "tabula rasa" para murid sekolah rendah di mana mereka memang suci serta tulus hati, gurulah yang paling "besar" serta paling dihormati, tak berani membantah mahupun...
Dengan sebab itu saya memohon dan diterima untuk menjejak langkah ke alam maktab perguruan di mana saya mula menjinak jinak menjadi seorang guru dalam erti kata sebenar untuk mendidik anak- anak bangsa supaya mereka lebih pandai serta lebih berkebolehan daripada diri sendiri tanpa merajuk atau merungut akan wang ringgit iaitu gaji... Namun apa yang kenyataan di diunia nyata ini adalah wajib dan mesti ada sijil yang besar baharu dibayar gaji besar dan dihormati ramai. Di mana ilmu pendidikan dan pengajaran tak dipeduli sangat sehingga suatu ketika guru non graduate sebagai "lembu" dan guru graduate mendapat hasilan usaha mereka yang bukan graduate.
Maka saya masih "bodoh" berusaha dengan bekerja tanpa rasa letih, jemu atau muak dalam mata pelajaran kegemaran saya iatu PJ di sekolah yang saya dihantar, saya mengkaji kaedah pemgajaran dan pembelajaran PJ sehinggalah tahap saya dapat menarik murid dari kelas lain kemarin kelas saya untuk bersama dengan saya kerana jawabnya lebih "hidup". So what?
Usaha saya yang melatih dan membawa pasukan suatu permainan sehingga 6 tahun berturut-turut jaohan negeri Selangor akhirnya kredit ini pergi kepada setiausaha sukan sekolah saya dan beliau mencapai khidmat cemerlang - terlintang gaji tapi saya? terlentang sahaja, See.
Comments