Hati Tak Senang, Otak bercelaru
Fren,
Bila hati tak senang, otak bercelaru yeh. Apa yang berlaku seterusnya adalah seolah-olah hanya menjalankan tugas sahaja tanpa "Oom" atau tanpa hati perut untuk melakukan sesuatu tugasan.
Hati saya tak senang disebabkan oleh pihak ke tiga dan oleh diri saya sendiri tak erti untuk mengawal perasaan yeh. Saya pikir terlalu jauh dan terlalu mendalam, apa yang perlu saya pikir sekarang cuma wait and see and look for solution yang mungkin boleh saya lakukan lebih praktik daripada asyik pikir apa yang akan berlaku. "Akan" itu mungkin sahaja namun mungkin jua akan berlaku sesuatu yang elok nanti , mana tau? Kan.
Saya berkeadaan dalam suatu situasi yang agak "sukar" untuk menyuara atau memberi pandangan sebab dunia ini penuh dengan syak wasangka dan tak ada orang yang percaya akan satu sama lain kerana realiti "duniawi". Jadi ... apa yang akan berlaku, man? No real sense between human being?
Comments