Senang hati

Senang hati... nak senang hati ? susah ke? payah ke? atau boleh jadi senang hati? Senang hati bermaksud hati yang tenang apabila menghadapi apa jua masalah atau rintangan dalam hidup seseorang kan?

Cakap sahaja senang - nak buat itu, buat ini... buat macam- macam dalam sesuatu perancangan tetapi pada hakikatnya tak ada seorang pun yang akan melakukan apa yang telah dirancang maka rancangan tetap kekal sebagai rancangan! Nak senang hati ... senang sahaja le.

Kebiasaannya yang pandai cakap itu atau yang pandai buat cadangan demi cadangan itu sebenarnya orang yang tak buat apa- apa pun... mereka merupakan seorang "pengambil peluang" dan menunjukkan kepandaiannya di depan orang atasan sahaja dan selepas itu... lantak le apa pun tak dilakukan... biarkan sahaja untuk agenda mesyuarat akan datang pulak... Senang hati lihat ini?

Ada pulak, di mana orang yang diam diam kerja itu macam "Kuli" buat buat dan buat serta menjayakan rancangan tetapi apabila sampai masa untuk dinilai... orang orang macam inilah dilupakan terus dan orang yang pandai cakap itu mendapat "bahagian" sahaja dan perkaras ini turun temurun ... dah menjadi tradisi serta budaya kita bersama maka alamatnya Cakap besar le selalu ... kerja tak payah buat sebab ada orang "bodoh" buatnya... Senang hati ke?

Orang besar di atas pulak hanya memikir kesenangan, kemewahan serta segala kuasa yang boleh diperolehi untuk kesenangan diri dan bukan bukan untuk melakukan keehsanan kepada semua orang di bawah jagaan beliau --- maka apa kan jadi... hancur satu negara kelak. Senang hati ke? 



Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang