Nak gelak ke? atau Nak tangis?

 Nak gelak ke? atau Nak tangis? Inilah yang si Polan nak ceritaok untuk kali in!

Ceritanya ialah apabila si Polan yang telah berusia 58 tahun iaitu Si Polan hanya tinggal 2 tahun untuk berpencen daripada berkhidmat untuk negara .... pencen wajib pada umur 60 tahun le...

Si Polan masih diarah dengan "paksa rela" untuk menghadiri kursus "Pemimpin Pelapis" organisasinya baru ini... apa lah nasib ? apa lah langkah ynag amat membazir ye? Peluang ini atau tempat ini harus diberi kepada sumber tenaga yang muda le... baik 40 ttahun usia hingga ke 46 tahun usia ke? baharulah bermanfaat kepada organisasi itu, kan?

Bukan Si Polan nak menggelak tugas atau tanggungjawab sebenarnya? Si Polan telah banyak menyumbang tenaga serta jasa kepada organisasi khidmatnya seperti secara berterusan (daripada 2011 higga 2021) menghasilkan jurnal akademik demi untuk meningkatkan nama baik Organisasinya di peringat kebangsaan mahupun antarabangsa. Selain itu Si Polan telah dan juga :

1. Melahirkan graduan ijazah muda (4 hingga 6 orang setiap tahun mulai 2001, ijazah sarjana dan sampai ke graduan ijazah kedoktoran organisasi ok.

2. Melakukan khidmat masyarakat untuk orang kurang upaya dan kanak- kanak mahupun warga emas di sekitar lembah Klang.

3. Menjadi Jawatankuasa kerja  pelbagai di peringkat organisasi 

4. Tidak pernah meninggalkan kerja hakiki.

5. Menjadi pengubal dasar serta menjadi pegawai perhubungan organisasi 

6. Menjadi mentor kepada orang yang memerlukan kawalselia.

Tidak lupa menghadiri pelbagai konferensi serta melakukan banyak projek kajian dengan atas daya usaha sendiri tanpa bantuan kewangan organisasi pun. 

Apa lagi mahu perah? Dah cukup berusia untuk menjalani tugasan "besar" le baik bagi yang lebih muda demi mempunyai masa yang lebih panjang untuk meningkatkan produktiviti organisas kan???

Maka bagi pihak diri... Nak Gelak ke ? atau Nak menangis ? Ini jelas menunjukkan bahawa pihak pentadbir organisasi si Polan ini memang tidak bijak serta tidak peka langsung akan kualiti sumber tenaga organisasi atau kompetensi pada Si polan ini khasnya kan?

 

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang