Senang hati
Senang hati... nak senang hati ? susah ke? payah ke? atau boleh jadi senang hati? Senang hati bermaksud hati yang tenang apabila menghadapi apa jua masalah atau rintangan dalam hidup seseorang kan? Cakap sahaja senang - nak buat itu, buat ini... buat macam- macam dalam sesuatu perancangan tetapi pada hakikatnya tak ada seorang pun yang akan melakukan apa yang telah dirancang maka rancangan tetap kekal sebagai rancangan! Nak senang hati ... senang sahaja le. Kebiasaannya yang pandai cakap itu atau yang pandai buat cadangan demi cadangan itu sebenarnya orang yang tak buat apa- apa pun... mereka merupakan seorang "pengambil peluang" dan menunjukkan kepandaiannya di depan orang atasan sahaja dan selepas itu... lantak le apa pun tak dilakukan... biarkan sahaja untuk agenda mesyuarat akan datang pulak... Senang hati lihat ini? Ada pulak, di mana orang yang diam diam kerja itu macam "Kuli" buat buat dan buat serta menjayakan rancangan tetapi apabila sampai masa untuk dinil...