Sweet Memories day.

Salam,

Hari ini (9/4/2019 - hari Selasa) pagi pada pukul 9.45 sehingga pukul 10.20 pagi adalah merupakan slot "Shooting" saya untuk mempromosi organisasi saya di arena penyelidikan dan pendidikan ke arah  Inovasi Prestasi bersama krew RTM yang berkampung di Gymnasium.

Atas usaha tungkus lumus dan kerjasama yang baik bersama krew RTM maka saya habis- habis mempromosi akan kelebihan - kelebihan atau kemampuan pakar- pakar yang berada di tempat kareer saya serta sempat habis shooting on time tanpa bunyi "CUT" daripada tuan pengarah shooting pagi ini.

Kali pertama saya di "Make up" oleh pemake up RTM, kali pertama di depan kamera dan kali pertama memberi hujah tanpa rujukan skrip mengenai hasil dapatan penyelidikan saya.

Saya tidak gementar atau tidak gagap- gagap atau kekok di depan kamera? Ini adalah kesan latihan dan pengalaman saya yang telah berkesempatan atau berpeluang beberapa kali atau banyak kali latihan mengajar sebelum ini serta kekerapan saya dihantar untuk kehadiran ke konferen demi konferen baik konferen tempatan atau konferen antarabangsa ok.

Di samping itu, saya sebenarnya sedang berbicara apa yang sebenar - benarnya yang telah saya lakukan khususnya kajian atau penyelidikan itu dan justerunya niat keinginan untuk berkongsi pendapat dan pandangan inovasi saya ini dengan khalayak ramai melalui siaran RTM (berkemungkinan disiarkan pada bulan Nov 2019- dimaklumkan oleh salah seorang krew RTM) maka kenapa tidaknya ambil baik peluang ini maka tidaklah risau dan atau gementar ok. Bravo.

Saya tidak menafikan bahawa pihak krew RTM turut beramal mesra dan senang adaptasi serta bertolerensi dengan para penyampai baharu seperti saya ini namun saya menerima komen positif serta "Thumb up" dariapada keseluruhan krew RTM selepas slot saya tamat. 

Syukur dan berterima kasih kepada pihak organisasi saya yang memberi peluang ini ok. Harapan shooting sebegini dapat menaikkan nama baik organisasi saya serta boleh diadakan kerap kali demi kemakmuran organisasi baik di rantau ini mahupun ke Global harapnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang