Kerja yang Ikhlas
Kerja yang Ikhlas, inilah yang selalu saya laung- laungkan sejak saya bekerja mahupun berkhidmat untuk negara selama masa kini 30 tahun lamanya.
Tidak pernah sekali pun saya terlupa akan sikap Kerja dengan Ikhlas dan pandangan saya ini bukan sekali- kali pandangan daripada sudut pegangan agama seseorang tetapi ini adalah pegangan seorang insan berakal yang global ok!
Apabila ditanya - Ikhlas dan biasanya jawaban Ya namun apa sebenarnya ikhlas masih samar- samar, inilah contohnya apabila seseoarng terlibat dalam kerja amal- atau volunteer job namun tanya balik soal -- apa yang boleh saya perolehi daripada kerja amal ini? Jadi apa dia ...dan apa yang telah berlaku dalam masyarakat ini mahupun seluruh negara?
Kerja dengan ikhlas.. tugas hakiki jangan sekali- kali diabaikan dan ditumpukan perhatiaan hanya kepada faedah apa yang boleh diperolehi dengan kerja lain yang dianggap akan menguntung diri sahaja sambil itu "jaga tepi kain" orang lain pula... Oooi.
Sebagai contoh lagi, Rasuah dan rasuah ini adalah merupakan pecah amanah dan tidak ikhlas sama sekali kerana mengaut keuntungan dan kebaikan untuk si Polan sahaja kan? tetapi perangai ini masih boleh diterima oleh segelintir orang atau mahupun majoriti masyarakat tertentu , jadi apa gunanya Bersih dari segi peribadi dan keikhlasan yang dituntut ye?
Anai- anai makan habis kekayu namun dari pandangan luar mashi macam elok- elok sahaja - hancur lerai akan padahnya akibat serangan anai- anai dan resuah itu macam anai- anai - harus dihapus sama sekali amalan rasuah ooi.
Comments