Lima tahunlah

Fren,

Lain orang lain rezeki, lain pentadbir lain kerenah. Lima tahun lah, lima tahun lah, lima tahun... Inilah dugaan nasib mereka yang berhajat nak belajar demi kebaikan atau peningkatan ilmu dalam career diri dan akan menyumbang balik ilmu kepada para pelajar mereka kelak tapi tapi tapi telah didenda dengan tak diberi peluang mendapat anjakan gaji untuk selama lima tahun dari tahun sipolan balik daripada cuti belajar itu walaupun PTK mereka pada paras 4/4 lah?
Cuti belajar? aiyah- tak kisah samada mereka yang belajar dengan mode sepenuh tanggungan (Berbiasiswa penuh) atau mereka yang belajar cuma dengan cuti (2 tahun) tanpa biasiswa, apa jenis peraturan ini? Adakah atas prinsip "pukul rata" atau "pukul sama sekali" jadi adakah ini dikatakan kaedah menggalakkan para tenaga pengajar IPTA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD atau master mereka demi peningkatan taraf IPTA secara amnya di Malaysia, tanah air kita?
Aplikasi klausa (atas budibicara) oleh pentadbir lama supaya dikuatkuasa akan peraturan yang entah pentadbir itu belajar dari mana pun? Lepas itu, pentadbir lama telah meninggalkan "tempok kuasa" sebagai pentadbir lama dan kini pentadbir baharu, gaya pentadbir baharu entah lah apa akan jadinya lagi, orang baharu gaya baharu dan sistem atau polisi pun baharu maka mereka yang ditahan atau yang disangkutkan sebagai dendaan itu akan "dilupai" sedikit masanya lagi sebab alasan kukuh pentadbir baharu ialah ketika itu bukan dibawah pentadbiran pentadbir baharu ni, alasan munasabah dan cantik kan? maka "mangsa" sistem namanya berlaku, inilah kerenah yang selalu berlaku dalam kerajaan Malaysia dan terjadi pula pada si polan ini, Kalu nak hitung, ini merupakan kali ke lima sipolan menjadi "mangsa' sistem baharu sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai cikgu sekolah rendah, sekolah menengah dan kini di IPTA jadi ... apa dia, apa yang akan berlaku ... apa dia -- duduk diam-diam dan kerja saja serta mengeluhlah nasib...na...sib sistem baharu yang baik punya ke atau entah?
Soal saya yang seterusnya ialah apabila kompetensi seseorang itu diuji dengan mekanisme Penilaian Tahap Kompetensi (PTK- macam-macan cubaan dan dugaan jua di dalam PTK) tapi adakah ianya disamai taraf dengan pengajian ilmiah di peringkat Doctorate degree di mana pengajian ini sebenar secara ilmiah dan ini memerlukan jangkaan masa yang tak menentu (Bagi mereka yang betul-betul melalui proses itu)? Maka bolehlah si polan ini membuat andaian sini ialah PTK adalah sama taraf tinggi dengan PhD, wau ! tingginya nilai PTK di IPTA ini jadi tak payah PhD holders dan cuma dapat PTK cukuplah...nasib. na...sib.

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang