Kenangan waktu sakit

Demam ke ? tak? Tekanan darah biasa dan elok saja namun pagi-pagi apabila saya bangkit dari tidur, saya terasa terus berpening dan sakit kepala yang tak menentu dan seterusnya memang muntah menentu jua; lihat berpusing segala- gala benda yang dipandang; baring diri pun tak; berjalan pun tak jadi sebab sendi- sendi badan saya terasa "Sour" ; makan dan minum sikit pun muntah balik dan nak duduk diam pun tak boleh - aiyoh yoh banyak susah hati dan tak senang segala - gala perasaan.
Minta tolong kakak ipar hantar ke klinik penal, ubat pening dan ubat sakit kepala saja diberi dan tururt diberi satu suntikan ajaib , nak baring untuk dicucuk jarum pun terasa pusing persekitaran apalah ini dan nasib saya. Saya diberi MC dua hari untuk betul- betul rehatkan diri, kata doktor perubatan panel dan saya pula macam tutup mata saja sebab bila buka mata pusing lagi segala- gala, macam nak mampuslah.
Nak minta "manja" orang rumah? Dia dan anak- anak telah balik kampung (jauh) sebelum hari tu lagi maka kakak long dan kakak ngah saya yang jaga saya dengan teliti serta A one A layan mereka, terima kasih banyak- banyak , budi mereka akan dikenang sehinggalah... bila-bila sebab dua hari itu saya cuma baring diri pada satu sudut saja dan tutup mata: saya dapat dengar pertuturan sekitar dan buka mulut untuk air zam- zam atau air herba yang disediakan oleh kakak berdua itu, suap dan minum saja tanpa persoalkan apa- apa jua, makanan ? tak kecuali roti kosong serta bubur masakan berzat kakak saja.
Sesudah waktu menderita ini berlalu sehingga waktu senja hari ke dua, baharulah saya mampu buka mata dan duduk diam- diam saja serta termenung jauh ...akan rasa hidup macam sengsara ini berlaku selalu , betapa kaya kebendaan, kewangan pun tak bermakna sekiranya tak sihat badan.
Kenangan pahit dan special ini selalunya berlaky sekali dalam setahun sebab sebelum ini tak jatuh sakit langsung sebab biasanya di tempat kerja saya akan jarang dapat MC daripada Tan kecuali betul- betul tak sihat seperti bulan ogos 26 dan 27, 2009 ini. Kalu tak silap, tahun 2008 adalah pada bulan November sekali jua dan tahun - tahun yang sudah, apa trend tetapi tak menentu jua ok?
Lepas itu sudah lepas, hati turut risau jua sebab kerja masih banyak serta kerja hakiki senantiasa ada dan tak pernah tertinggak kerja hakiki sebab badan masih tak pulih sepenuh- penuh dan rasa diri sejuk selalu saja... he he he

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang