Tahniah

Fren,

Tahniah kepada mereka yang naik pangkat ke DM52 baharu - baharu ini. Tingkatkan usaha dan produktiviti bersama - sama ok? Tahniah.
Saya ingin memberi "feed back" sikit mengenai pandangan kawan baik saya mengenai adanya staf atau pensyarah yang bukan bumi turut sudi mengajar anak- anak buah bumi di mana pada saya ianya merupakan suatu pandangan yang amat "fair" serta terharulah sebab usaha kami (guru-guru terlatih) telah dipandang dan dihargai serta diingati dan ingin saya mengucapkan terima kasih kawan.
Justerunya, ingin saya maklumkan bahawa masih teringat dengan sejelas kembali pada zaman muda saya dulu, semasa atau ketika semangat baharu atau semangat berkobar-kobar menceburi diri dalam bidang pelajaran/pengajaran iaitu bermulanya hidup sebagai seorang guru sandaran dan guru terlatih (Sekolah rendah sehingga sekolah menengah) di mana kami selalu diingati bahawa "Amanah yang diberi harus ditunaikan khasnya ianya terdapat dalam lagu guru setiap kali sambuatn hari guru, ya kan?" Jadi kita sebagai guru, pendidik mahupun tenaga pengajar haruslah menjalani tanggungjawab mendidik generasi baharu tanpa mengira kaum dan bangsa masih kuat di ingatan atau masih di benak masing- masing ok.
Keikhlasan sebagai guru yang ingin mencurah balik jasa atau ilmu kepada generasi baharu sebenarnya tidak perlu sangat disyak wasangka melainkan kamu atau mereka yang tidak berjiwa "Guru" ataupun memang terdapat segelintir guru yang telah lari atau terpesong daripada pegangan kenapa mereka ingin menjadi seorang guru buat masa dulu - dulu lagi, kan? Zaman boleh berubah, masa boleh berlalu namun Soalnya pokok pangkar seperti pelajaran baik sekolah mahupun IPTA seharus dan sepatutnya diingati akan apa itu "Wasasan, tujuan dan objektif sistem pelajaran negara" khususnya kepada para guru, pendidik mahupun tenaga pengajar sekalian ok. Ai ya ya banyak sangat merepek ooi. Sudah.. sudah.. dah

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang