Terlepas
Dalam kehidupan seseorang itu sudah pasti ada masa naik dan masa turun dari masa ke semasa. Ketika nasib baik dikatakan "terdapat" manakala kalau waktu nasib menurun itu dikatakan "terlepas"...
Kali ini nak cerita pasal "terlepas" oleh si Polan disebabkan masa terlepas banyak ianya disebabkan terlajak usia untuk "terdapat" lagi, di mana alkisahnya Si Polan memang mencapai matlamat hidup iaitu sebagai seorang pendidik yang berijazah kedoktoran namun apa yang terlepas ialah - 10 tahun terlewat atau terlepas maka usia sudah menjangkau waktu "senja" dan perasaan inilah mengakibatkan tajuk "Terlepas" terlintas di benak Si polan.
10 tahun inilah menjadi Si Polan ingin mempertingkatkan lagi karier dah terlewat. lagi lagi adanya COVID 19 ini pula menjadikan Si Polan duduk dekat rumah untuk bekerja - seperti on line mengajar, menulis manuscript ilmiah serta review buku dan membuat laporan serta menjadinya dalam bentuk power point namun tidak "laku" sangat sebab Si Polan tidak pandai berinteraksi dengan orang melalui online samping itu hanya buat kerja rumah seperti- memasak, menjaga nanak- anak, membasuh dan mencuci serta membersihkan rumah lebih menyerlah jika ingin membuat bandingan.
10 tahun yang terlepas inilah menjadi Si Polan masuk waktu senja dan telah kurang minat oleh trend semasa ini serta terpaksa keseorangan menghadapi segala cabaran, dugaan mahupun kecapaian diri sehinggalah waktu tua dan pemergian yang macam mana pun tak tahu ok.
Walaubagaimanapun, setakat ini secra keseluruhan, Si Polan memang puas hati akan kesihatan diri serta kehidupan diri walaupun akan menjangkau usia 60 tahun tidak lama lagi ye jadi boleh lah , jadi lah serta bahagia lah ok cuma jika nak mengambilkira terdapat dan terlepas sahaja yang jadi hal ini.
Comments