Pening Kepala
Pagi-pagi ingin keluar rumah untuk mencari makan- Sarapan. Lalu suatu kawasan perindustrian kecil dekat rumah saya iaitu di tepi jalan terpajak sebuah gerai kecil menjual sarapan pagi seperti mee goren, nasi lemah, kuih muih serta sayur bersama nasi putih di mana agak banyak juaga hidangannya- nampak sedap tapi Pening Kepala say kenapa?
Gerai itu dijagai oleh seorang pakcik tua dan seorang makcik tua dengan siap ada "penyukat suhu badan elektronik" tetapi memang ianya sudah lama "tutup" gerai sejak hari merdeka pada 31/8/2021 sehinggalah pada hari ini 29/9/2021. (Gerai A)
Gerai ini duduk di tepi jalan yang tidak berjauhan 20 meter daripada simpang tiga serta tidak ada tempat untuk kereta berhenti untuk membeli atau "Tapau" memang idak strategik kedudukan gerai itu... macam mana nak beruntung ?
Di sebalik itu, ada satu gerai kecil dinaigai oleh sepasang suami isteri yang muda sikit sahaja jika dibanding dengan pakcik Gerai A dan mereka juga adalah penjual makanan sarapan - tanpa penyukat suhu elektronik, tempat letak kereta di simpang tiga kecil pun kurang tetapi mereka selalu berniaga tanpa "tutup" lama sangat kecuali hari besar tertentu seperti merdeka, hari haji, hari raya adillfitri serta rehat setiap hari Isnin sahaja- beruntung perniagaannya sebab setiap kali ada sahaja pembeli beratur panjang sejak pagi- pagi. (Gerai B)
Di sini saya sebut pening kepala ialah gerai A itu pasti dapat "soft loan" untuk berniaga tetapi cara sebegitu macam mana nak "hidup" - tumpang gerai nanti akan berungut dan akan buat pinjaman soft loan lagi - sampai bila nak "maju" dan beruntung ye? Sampai mana nak cukup pinjaman kerajaan?
Soal di sini ialah Berapa peratus gerai yang sebegitu gaya seperti Gerai A? - kerajaan buat survey tidak dan kalau Gerai B boleh lah diberi soft loan tetapi pada saya - Gerai B tidak perlu sebab boleh "hidup" atas daya usaha diri mereka ye.
Pening kepala - kalau nak berniaga kenalah serius dan berterusan supaya pelanggan tidak "Lari" ke gerai lain yang lebih konsisten. Pening kepala sebab ini bukan contoh satu dua gerai di mana saya tahu termasuk gerai burger, gerai jual air kelapa, gerai jual pisang goreng, gerai pasar tani, gerai pasar malam selalu sekejap ada sekejap tak ada (lamanya tidak ada) selepas bulan bulan timbul balik gerai dengan "lebih mewah" gayanya- Kenapa? Pening Kepala. Sudah lah ... cukup sampai di sini Fren.
Comments