Bertenang Sewaktu COVID 19

COVID 19 berleluasa dan MCO di Malaysia mulai pada bulan Mac 2020 sehingga hari ini masih terpaksa diistiharkan MCO versi 3.0....

Pada diri saya COVID 19 di sini pernah terkawal suatu seketika di mana kes menlar sudah dapat 1 nombor namun selepas pilihanraya negeri Sabah .... Kes demi kes dan dari masa ke semasa makin meingkat sehingga masa kini telah cecah 4519 dalam masa tempoh sehari (8/5/2021) -- apa sudah jadi dan apa akan terjadi? Entah atau tak tahu?

Bertenang , bertenang bertenang.... inilah yang boleh saya ingatkan diri untuk menghadapi hari harian sahaja dan sebagai seorang insan yang kerdil seperti saya - ikut betul SOP dan tak pergi sana, pergi situ atau pergi mana- mana iaitu cuma duduk rumah bersama anak- anak dan yang ada pun hanya pergi membeli sarapan dan kegunaan khususnya makanan harian untuk anak- anak  sepanjang tempoh sekali dalam seminggu sepanjang masa MCO, RMCO dan MCO versi 3.0.

Anak sulung saya memang belajar atas talian di universitinya tapi anak ke dua di sekolah menengah berkeadaan kadang- kadang belajar  atas talian dan ada pula masa diminta pergi ke sekolah bersemuka sehingga bagi phak bapa merangkap ibunya telah menulis surat resmi untuk tak hantar anak saya ke sekolah di atas tanggungjawab sendiri ok. Kandungan surat smestinya say tidak boleh mempersalahkan pihak sekolah sekiranya keputusan anak perempuan tidak memuaskan.

Ada dua perkara ingin saya kongsi - 1. apa jenis manusia khususnya para ahli politik khasnya dan kerajaan amnya sperti contohnya berlaku double standard dalam penguatkuasaan undang- undang terhadap orang degil tak ikut SOP? 2. apa jenis manusia yang ingin "meminta" tanpa berusaha dulu atau asyik merasa diri "miskin" ? 3. apa jenis manusia yang hanya mementing diri khususnya keagamaan tanpa mengambilkira dalam Malaysia ada pelbagai kepercayaan agama yang sebenranya boleh hidup harmoni namun selalu digunakan sebagai senjata mengaut "undi"? 4. apa jenis manusia yang selalu suka menyesal kemudian namun tak nak membuat kerja biar betul dari mula lagi? 5. apa jenis manusia yang hanya degil degil degil sahaja?


 

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang