Apa Daya Ku?

 Apa Daya Ku?

Apa dia? Alkisahnya ... anak dibawah penyeliaan saya selama 5 tahun dalam perjuangan PhD dia akhirnnya minta tangguh pengajiannya dengan alasan terlalu berat beban kerja di tempat kerjanya iaitu sebanyak 24 jam kredit dalam seminggu untuk menyampai pengajarannya? Inilah kira berat ye?

Soalnya ialah sebelum hari ini, si Polan ada masa sepamjang 4 tahun pengajian PhD secara "Full time"tidak digunakan dengan sewajar- wajarnya serta tidak usaha sedaya upaya mahupun terlalu salah interpret maksud "Prihatin"ye... akibatnya hari ini dia dalam keadaan "tenat"...

Mula- mulanya perjalanan pengajianya memang adalah ikut masa dan rentak penyelia yang hendaknya sekurang- kurangnya hantar draf thesis  untuk tunggu "viva" sperti terancang dalam Gantt chart pada mulanya tetapi.... berlaku..... "malangnya"seperti tertera di bawah:

1. Si polan telah "prihatin" tolong kawannya untuk masuk kelas mengajar mata pelajaran kawan baiknya kerana kawan si Polan ini nak tumpukan perhatian untuk menulis chapter 4 & 5.... maka Sui Polan sendiri tertinggal fokus untuk buat kajian diri si Polan... akhirnya kawannya ???!!!  tak bantu si polan sekarang pula ye ?

2. ke duanya, Si Polan terlibat membantu kawanya seorang lagi untuk bawa team keluar outdoor aktiviti dan terlibat pula kemalangan jiwa anak muridnya  semasa perkhemahan ... nyawa anak- anak  orang lain ooi... tangguh masa untuk selesaikan perkara ini maka makan masanya dalam pengajiannya ... apa nak buat ;... Prihatin....katanya...

3. Seterusnya Apabila Si Polan ingin nak full swing - siap dengan tidak terjawab objektif ke 4-4nya dalam kajiannya bila si Polan buat laporan chapter ke 4 ... macam mana sebagai seorang penyelia bertauliah nak lepaskanya untuk sambung chapter 5? Integrity akan dpersoalkan kan? Tak mungkin boleh tulis chapter 5 lah.

"Prihatin"di negara ini selalu disalah tafsir mengikut kehendak diri sendiri seseorang atau sesekumpulan ë;it - politik"dan bukan mengikut rational atau hal yang patut dan harus dilakukan dengan betul atau tak? GERAM betul... 

Untuk renungan bersama ye...Diri saya sama, bila tamat tempoh pengajian PhD saya dulu...telah  dipertugaskan lebih banyak jam kredit daripada si Polan untuk mengajar namun saya tetap teruskan usaha dengan bertitis air mata (orang tak Tahu dan tak nak tahu atau tak perlu tahu ok) sampai hancur kecai rumahtangga sekali pun ... akhirnya saya berjaya memperolehi PhD saya walaupun makan masa 10 tahun lamanya... apa Si Polan ini nak buat banding dengan perjuangan penyelianya ye??? 



Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang