Kesian Tuan Jeff
Fren,
Inilah nasib Tuan kereta yang keretanya diberi nama Jeff iaitu di mana Jeff telah melanggar "buntuk" kereta orang lain semalam (9/2/2020 - Ahad - 8.33 mlm) iaitu hari terakhir suatu temasya besar bernama CNY - Chap Goh Mei.
Kesian Tuan Jeff sebab koceknya tetap akan berpecah dan bocor lagi walaupun baharu terlepas suatu temasya besar... ingat tuan itu boleh relax sikit.... tapi.... "pom". Gong Xi Fah Chai ha ha ha hih hi hi.
Ceritanya - Punca kemalangan adalah keadaan semasa adalah waktu malam serta berhujan lebat dan kawasan berlakunya kemalangan adalah berpasir sangat dan anak Tuan kereta Jeff telah menekan "brake" namun Jeff tetap gelongsor dan mencium buntuk kereta depan yang sedang berhenti sekejap untuk belok ke arah kanan... ye ye ye.
Talipon bimbit berdering malam pukul 8.33 dan nampak nama anak tercatat maka menyahut bertanya "Dah sampai ke Univ anak?" Balasnya "tidak ayah tapi dah terlanggar orang... aiyo yo langgar orang? ... sebenarnya bukan tetapi kereta orang le "... lega sikit dan tanya khabar anak dulu ... jawabnya "ayah ayah ... saya ok"... lega lebih sikit aiyo yo mak. Namun kereta atau Jeff pulak tak ok.... nasib Jeff lor!
Sejurusnya Tuan Jeff naik Demious (nama keretanya jua) terus menuju ke arah Taman Seroja Kuala Selangor iaitu Pekan Kg Kuantan - Kelip kelip di mana kelip kelip mata Tuan Jeff melihat jalanraya dengan memandu agak laju serta dalam keadaan berhujan amat lebat dan berkilat jua... Aiyo yo yo. Dah lah Tuan Jeff berabun ... malam gelap gulita maka Tuan Jeff pasang Waze supaya tak terlepas tempat anak yang telah sampaikan lokasinya sebenar.
Dalam hati dan pikiran Tuan Demious adalah bertenang sahaja dan cuma kesian Jeff dan terus ingin berjumpa tuan kereta yang "diciumnya" serta let's see how? and what happened.
Sampai tepat tempat kejadian... anak saya lambai tangan dan saya berhentikan Demious sebelah Jeff, turun dan peluk anak dulu... dia terus menitis air matanya dan meminta maaf pada ayah...kata ayah "Tak apa lor ... apa nak buat... nasib Jeff" Anak tak ada apa- apa kecederaan dah syukur lor.
Ingat saya perlu perkhidmatan Tunda Jeff serta memang ada "kaki tunda" yang bertanya khabar samada perlu tak khidmatnya... Tuan Jeff bertenang dan ingin berbicara dengan tuan kereta terlanggar dan lihat keadaannya seterusnya dahulu.
Tuan kereta tercium itu mengucapkan "Gong Xi Fah Cai" maka segalanya akan jadi ok sebab gaya beliau memang tak berniat jahat... maka kami mula perbincangan bersama suami isteri itu dengan anak bersama .... pilihan akhir dan mutlamat ialah settle bayar kerosakan belakang kereta itu ok.
Tuan kereta tercium itu adalah seorang muda dan rupa- rupanya beliau ialah seorang mechanic kereta jadi beliau tolong pulih sikit Jeff supaya boleh ianya dibawa balik ke arah Klang ... ketika itu hujan berhenti sekejap dan kami saling tolong menolong... bantu membantu maka selamat Jeff dibawa balik ke Klang oleh anak Tuan Jeff namun pada ketika itu Tow Man yang terdahulu nampaknya macam tak happy sebab Tuan Jeff tak ambil khidmatnya sesudah lama tunggu kononnya... apa nak buat... Jeff dah boleh jalan dan akan Tuan Jeff balik mechanic kereta sendiri lor kan? Minta maaf sahaja. Tengah Malam sudahnya....
Comments