Dugaan dan Cabaran

Fren,

Sambung sikit cerita Kesian Tuan Jeff... kesian anak tuan Jeff jua--- memang dugaan dan cubaan. 

Sesudah berpeluh sejuk kerana kali ini merupakan kali pertama anak terlibat dalam kemalangan kereta di jalanraya setelah memperolehi lesennya hampir dua tahun lamanya.

Walaubagaimanapun, dia masih bertenang diri dan cuba berbudi bicara dengan tuan kereta diciuminya dan nampak gaya dia masih mentah sangat tetapi Encik Ong tidak menekan anak saya sangat sebaliknya bertanya khabar keadaan anak saya dan menenangkan fikirannya dengan memberi semangat serta mintaknya menalipon ayahnya yang berada dekat Klang ketika itu (sedang makan malam) serta sanggup dia tunggu kesampaain ayahnya. Terima kasih kepada En Ong - Karma baik dan orang muda yang baik hati jua.

Anak jua agar bertenang --- cuba bertenang dan berbicara serta memohon maaf kepada En Ong bersama isterinya di mana pada saya, anak telah menunjukkan sikap anak suhur bersopan dan cara betul beradab maka boleh kata anak dah besar serta matang fikiran - cubaan dan dugaan hidup ok.

Anak rasa sedih sebab ikut katanya "ayah kena terkejar- kejar kemari ke Kg Kuantan Kuala Selangor malam buta serta beribut hujan sedangkan tengah  makan malam ketika itu". Ke dua, ayah kena belanja lagi untuk membaiki Jeff. Ke tiga, kena bayar ganti rugi En Ong serta ke empat, terasa diri agar cuai serta masih kurang mahir membawa Jeff.... ini semua pandangan anak saya setelah dia bertenang sikit dekat rumah sendiri sebelum tidur atau sesudah mandi, rehat serta makan sikit untuk "malam"ini.

Ayah terasa sayang sangat anak sebab agar anak dah besar dan matang fikiran maka ayah harap- harap anak ini akan jadi anak suhur kelak dan hati ayah pun akan senang dan tenang kerana dia tahu silap dekat mana serta nasihat ayah ialah jangan selalu kata "terlupa" sesuatu - punca sebaliknya berlaku insiden ini ialah anak terlupa bawa Laptop yang mengandungi assignment yang perlu dan wajib dihantar pada keesokannya (10/2/2020 Isnin) maka dia kena balik ke Univesrsiti malam itu jua dengan membawa Jeff sendiri sarta ikut cakapnya dia tersesat jalan dalam keadaan hari yang gelap malam berhujan kilat maka akhir ..... "Pom". 

Ayahnya menghantar dia ke Univ keesokan hari, kami bermula perjalanan dari Klang pada pukul 5.50 pagi dan sampai ke hostel Univ pada pukul 7.02 pagi namun kelas presentationnya pula pada pukul 8.00 pagi ini jua. Aduhai... nasib ... nasib setelah berusaha kuat mencari penyelesaain --- ialah itu dugaan dan cubaan. 




Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang