Johan Tiga Tahun berturut- turut

Dear Fren,

Well... Johan tiga tahun berturut- turut, inilah rekod baik yang dicapai oleh satu pasukan pemain "bola kecil" di dalam satu pertandingan tahunan oleh sesuatu organisasi.

Bola Kecil ? - apa itu? ha ha ha Ping pong berpasukan... organisasi saya berkhidmat atau bekerja di mana format pertandingannya adalah seperti berikut:

1 perseorangan lelaki., satu bergu pemain perempuan dan diikuti dengan satu bergu lelaki dan sesiapa yang menang 2 mata daripada 3 mata itu dikira menang . Walaubagaimanapun, pusingan awal kejohanan setiap pasukan dimestikan main semua permainan supaya dikumpul mata keseluruhan untuk tujuan kiraan mata semasa suku akhir supaya memperolehi siapa atau pasukan mana yang layak masuk seperuh akhir kejohanan.

Kami sepasukan bertarung hebat daripada pagi sehinggalah petang pukul 6.16 dan akhirnya kami masuk peringkat akhir dan jadi Johan tahun 2018 dengan mata jumlah besar  2- 0  maka Johan berpasukan di dalam gengaman yeah.

Ini adalah kali ke tiga pasukan saya menjadi Johan keseluruhan berpasukan iaitu sejak tahun 2016, 2017 dan 2018 adalah kekal Johan ok . Syabas dan bravo pasukan saya ok. Syukur dan Salam kepada ke semua kawan seperjuangan pasukan saya ini. Namun tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong setia atau kawan setia yang menyaksikan kejohanan tahunan ini Yeah.

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang