Hari Merdeka ke 56
Fren,
Hari Kemerdekaan Negara kita iaitu Malaysia yang tercinta ini makin hampir dah! Iaitu pada tanggal 31-8-2013 maka menjangkau tahun ke 56 kemerdekaan daripada jajahan British (Dahulu kala), soal pokok yang cepu mas saya ialah Betul ke rakyat jelata telah merdeka? Tanggapan para pemimpin yang terpilih itu Betul ke telah merdeka? Yeah pikir- pikir le fren.
Merdeka dari segi infrastruktur/ fizikal? Merdeka dari segi sanubari jiwa (mental dan emosi) atau merdeka dari segi tanggapan dan pemikiran matang? lain - lain maksud dan lain- lain konsep serta lain- lain kaedah untuk mendapat lain- lain hasilan (Output) ok? Paham ke? Tak ... tak apa...
Bagi contoh... masih ada manusia yang menganggap Ratu British itu - Rajanya ke? Atau barangan buatan British teramat baik ke? barang orang lain ... tak boleh pakai ke?
Atau cuba beza- bezakan antara manusia yang ada dalam negara yang mengamalkan bersistem yang sama seperti Demokrasi berperlembagaan tetapi darjat lain- lain? Hormat bukannya dalam ertikata memperlekehkan orang lain dan seolah- olah meningkatkan darjat diri yang ada kan?
Ertikata Merdeka yang sebenar harus di renung- renung oleh para rakyat termasuk pemimpin kita bersama... Merdeka... merdeka ... merdeka Malaysia.
Comments