Tang Yuan - 22-12-09

Fren,

Tang Yuan - suatu jenis sajian untuk kesyukuran oleh sekian komuniti sekali dalam setahun dan ianya turut membawa maksud secara simbolik - suatu penghabisan tugasan atau tanggungjawab dengan sempurna dan seterusnya akan berusaha untuk masa akan datang.
Saya mengambil iktibar bahawasanya dengan hari Tang Yuan tahun ini, rezeki si polan telah berjaya mendapat kelulusan atau "green light" untuk melepasi penyempurnaan tesis yang sekian lama diperjuangkan (9 tahunlah) keseluruhannya dalam pengajian peringkat Ph. D si polan tu.
Syukur seperti Tang Yuan dan seterusnya perjalanan masih jauh lagi ke depan namun dengan kelayakan ini akan menjadikan si polan berlesen untuk memandu serta mencana tenaga terhadap anak- anak didikan si polan demi masa depan mereka yeh yeh itu saja.

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang