Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Fren,

Hari ini dan kali ini biar imbas kembali suatu ketika dahulu .... Hayati lirik lagu berikut :

Akulah penyair yang turun dari gunung,
Beratus tahun aku duduk di situ... beratus- ratus tahun;
Kini aku, turun ke lembah,
Menjulang keadilan, milik kita, milik semua, kita hidup bahagia.

Tangan mu ku genggam, ku julang ke udara.
Akan ku jeritkan bagaikan halilintar... kebebasan abadi 
Akan kita susun perbarisan... menjulang keadilan, milik kita , milik semua, kita hidup bahagia.

Tangan mu ku genggam, ku julang ke udara.
Akan ku jeritkan bagaikan halilintar... kebebasan abadi 
Akan kita susun perbarisan... menjulang keadilan, milik kita , milik semua, kita hidup bahagia.

Inilah salah satu lagu patriotik yang dinyanyikan semasa kursus Tatanegara bagi tahun 1980an yeah, ianya masih kukuh dalam ingatan sanubari I kerana lagu inilah  akan disampaikan oleh semua peserta setiap kali semua peserta berkumpul bersama di dalam dewan besar di mana kami adalah terdiri daripada peserta berbilang kaum dan bangsa - Satu Malaysia.

Comments

Weltrade my said…
yer ,saya pun ingat masa ambil kursus belia masa sekolah tingkatan 3 tahun 1991

Popular posts from this blog

Where to go?

Orang yang suka menyusahkan orang