Surat Tunjuk Sebab

Fren,

Kali pertama? dan kata orang : Setiap orang mesti ada kali pertama untuk apa sekali, inilah kali pertama saya  menerima surat tunjuk sebab daripada "superior" - di mana ia memberi peluang atau idea untuk saya menulis blog ini yeh yeh yeh bagus kan? Baguuuus.
Ceritanya mula hanya niat saya nak tolong orang yang meminta tolong saya- iaitu gantinya  untuk menghadiri suatu symposium, namun saya sendiri terlupa pada tarikh sekian adalah tarikh yang amat penting untuk anak saya sendiri di mana hari  tersebut saya sebagai ayahnya harus/wajib  membawa anak saya ke sekolah rendah untuk mendapat keputusan peperiksaannya dan seterusnya dia dikehendaki pulak untuk melpaor diri bersama bapa ke sekolah menengah yang akan dia belajar dalam tempoh masa tertentu pada sekian hari jua, maka ayah yang pelupa ini atau yang tak berguna ini telah setuju nak ganti si polan, jadi apa yang berlaku?
Dengan hati yeng gelisah saya cepat- cepat SOS kawan sejawat (orang muda) untuk ganti tempat saya pulak dan beliau setuju - saya ucapkan terima kasih dan lega hati saya.... belum habis cerita ye!
Beliau (kawan muda) pergi ke Symposium itu bagi pihak saya pada hari yang ditetapkan itu dan mendapati memang nama saya tak tersenarai dalam senarai nama yang wajib menghadiri serta pada hakikatnya beliau turut menerima surat tunjuk sebab daripada superior yang sama maka alamatnya membawa implikasi seperti berikut:
1. Jangan menolong sesiapa pun bila diminta tolong jika tanpa hitam putih 
2. Yang menolong orang akan dihukum dan yang tak menjalani tugas sendiri - tanpa sebab itu tak apa- bebas 
3. Menghadiri Symposium ini kerja Hakiki ke ? 
4. Tunjuk "power" salah tempat dan salah waktu le
5. Tak berani menanggung "keputusan dibuat sendiri"
6. Saya mohon maaf kepada kawan muda itu sebab tak sengaja melibatkannya pulak 
7. Think tank sekelilingnya yang "lembab"- tak waras serta tak berprinsip.

Bagi pihak saya, buat lah apa yang anda suka asalkan bahagia ok, saya berhak menjaga anak- anak saya khususnya masa depan mereka dan saya tetap berpegang kepada etika bekerja and life goes on yeh yeh yeh

Comments

Popular posts from this blog

Where to go?

Hayati lirik lagu - Akulah Penyair

Orang yang suka menyusahkan orang